Selasa, 14 Februari 2012

JANGAN BERSEDIH, TIAP LAKI-LAKI TERTARIK PADA PEREMPUAN

Wahai Muslimah yang budiman, judul diatas bukan sembarang judul semata, tetapi itu merupakan fakta. Apabila muslimah merasa minder, sedih, takut tidak ada satu laki-laki pun yang akan mencintai, buang fikiran itu jauh-jauh sekarang juga. Jangan bersedih sebab tiap laki-laki tertarik perempuan!

Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana perempuan. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan perempuan yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki. Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal perempuan. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali perempuan dan memahami kehendak perempuan.

Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali perempuan sebagai seorang yang :

1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang 
   membangkitkan perasaan.

2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk 
   menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Amat memerlukan cinta karena memandang lelaki sebagai orang 
   yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki 
   yang dicintainya.

4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahwa lelaki itu berdusta 
   asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan 
   kegembiraan kepada dirinya.


5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya
   begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah 
   dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh perempuan.


6. Berhati sentimental karena naluri dan perasaan perempuan yang 
   penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka 
   terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.


7. Suka memaksa lelaki karena dia menganggap lelaki adalah insan 
   yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah 
   perempuan memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. 
   Walaupun begitu, perempuan tidak sanggup kejam terhadap 
   lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya 
   sendiri.


8. Cemburu. Ini karena perempuan lebih cenderung mempertahankan 
   harga diri, kepentingan pribadi, kepentingan keluarga 
   anak-anak.


9. Bersikap penggoda karena perempuan dikatakan sentiasa 
   memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan 
   menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan 
   tersebut. Sebab itu perempuan suka memperagakan pakaian yang 
   seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan diatas bukanlah tuduhan terhadap perempuan atau untuk merendah-rendahkan martabat perempuan. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar perempuan. Bagi perempuan pula, kenal pasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar